Friday, May 21

saya menyokong pelajar tidur waktu tengah hari di surau !

ain izwani amira aishah hafizah fadzillah aqilah amalina asma linda umie atiqah siti balqis
sila bawak bikini anda. haha !


eh yang tengah mandi tu macam mock (amirul hakim) je. hahaha


kecik gila ni weyh. tak boleh kecik lagi ? nak simpan 'adik adik' pun tak cukup tempat. *bapak tak bersyukur. ok finee. terima terima*

aku nak luah kan perasaan sikit la sekarang ni. perasaan cinta dan kasih sayang yang terpendam selama ini. *cewahh*

ok macam ni lah. kalau boleh NAZRIN AFIFI tolong respond lepas ni ya ? hahaha ! biasa lah kan. kat belakang surau tu. masyuk beb. simen dah la sejuk. memang sedap la nak tidur kalau time tengah hari yang panas macam api neraka tu. api neraka pun macam sejuk sikit je ;p *sory. macam pernah masuk neraka pulak* okok aku tak main main benda ghaib ni. dadah. sory anjang. haha.

tolong la faham. kitorang penat dari pagi study. bukan setakat dari pagi sampai tengah hari je. sambung petang. tambah malam lagi. lepas tu stayup lagi sebab nak revise balik sikit sikit. tak pun buat homework. fuhh. tolong la bayang kan macam mane. pack gilaa. dengan otak kitorang yang tak berapa nak pandai sangat ni. susah nak faham dan absorb ape yang dah belajar tu. ok kitorang tak sepandai NAZRIN AFIFI SYAFIQ DODO LYDIA AMIRA AL AMEER dan SYAZRUL KERINTING. sorry. so memang kitorang kena usaha lebih dari mereka mereka itu.

tolong la faham. bagi la chance tidur kat surau untuk beberapa minit. ok memang salah kitorang la. tidur nak buat macam kat rumah sendiri je kan. ambik something nak letak kat kepala then baring macam kat katil. tak pun tidur peluk peluk baring atas riba kawan. ni lah orang panggil kasih sayang. bukan lesbian ! okok teruskan. pernah dengar tak perkataan PENAT. semua orang perlukan rehat. bukan nya kitorang baring tempat yang lelaki boleh nampak kan.

semua orang ade pendapat masing masing kan. tolong respect pendapat kitorang. sebelum kau sibuk sangat nak jage hal orang. tolong tengok diri sendiri dulu ! macam betul sangat je kan ! hekeleeehhh ! kau bajet kau bagus sangat la nak sound orang ! *ok sory ter emo*

kalau nak tegur tu agak agak la. jangan la menyakit kan hati sangat. ni tak. 'pelajar puteri kat belakang sane tu. jangan baring ye. tolong lah hormat sikit. takkan tak tahu ni rumah Allah' arghhhhhh ! bukan setakat tu je. tak cukup lagi. nak jugak mengadu kat cikgu. nak buruk buruk kan kitorang satu batch. pastu nanti time usrah start la. pelajar form 5 ni dah pandai naik kepala. tak dengar cakap. bla bla bla.

aku tak nak cakap banyak. TAPI TAHUN NI KAU RASA ! 

10 comments:

linda said...

hahaha.. farahh.. aku org 1st komen.. aku slalo0o join korg tido.. hehehe~ ingat blk kenangan tido di surau..

Farah Zayanah said...

memang la kau orang first sebab aku baru je post. haha thanks bagi idea linda :) hahaha kenangan :')

SiLvEr_uMie said...

BIG likeyy..stuju2.btol 2.ak slalu gk tido.tp an prasan x,kalu ad yat/assyue or mne2 budi f5 r yg tido, dorg x tegur plak..k,kes dh lme dh.nk msok u dh pon.forget it!hahah

p/s:kk ak bwk.nk bli kt lngerie shop ps ni.hahahha

Farah Zayanah said...

hahaha aku tak cakap ae. ni umie yang ckp mcm tu. tapi mmg pilih kasih la :( aku dah lupa. tp linda igt kan aku balik. hahaha ! saje sesi luahan perasaan terpendam

wau ! umie kau lagi terel la. haha aku pun tak pernah tahu kedai tu. beli kan aku satu. yg sexay ok. hahaha !

balqish said...

bikini??wow!!!haha
eh,fizah um gak eh?

ain izwani said...

HAHA , aku antara yg selalu dipandang hina kat surau sebab lepak2 lepas tu tido . =.='

Farah Zayanah said...

bal : aku silap doh. kira fizah cam pelawat la. haha

ain : kau mmg sering di pandang hina ;p ehh takk punya. lepas ni mesti semua nak tiru stail kau. tido di simen surau. kan berkat. straight A. oversea lg tu dow. haih. hebat hebat. hahaha :D

anjang said...

wargh!! apal ade name aq??!! dahla aq sorang je laki2 yg mengomel kat blog ko ni farah. hahah!!

sepanjang aq bace ni kan, mmg aq tertanya2 r sape yg sound korang.TAPI TAHUN NI KAU RASA ! *ok dpt hint sikit...
p/s= memandangkan korang/kawan aq ni dah nak ke uni, so aq just nak galakkan la korang berqailullah.. bnyak faedahnye.. tp kalau x wat kat surau xleh ke? mwahaha~

Farah Zayanah said...

hahaha elehh bukan kau sorg je la. haha. tp kau la laki yg plg rajin nak comment blog aku skang ni

nasib baik kau pandai main hint ni kan. aku mmg suka buat org tertanya tanya ni. straight A+ kan. takkan tak boleh bace hint :p

jap jap. sebelum aku bidas kau pulak. 'qailullah' tu ape ? serius tak tahu weyhh. :)

nazrinafifi said...

qailullah= tidur sunnah sebentar sama ada sebelom atau selepas zuhur tp bukan selepas asar... just nak share ape yg aq slalu buat je..