Saturday, October 29

kau memang orang yang paling celaka !

ok, title itu hanya ditulis sekadar untuk menarik minat membaca dan menstalk.
mesti fla dah macam 'farah marah kat siapa tu sampai tulis kat blog ?'
and mesti ada yang dah 'over gile farah nak emo bagai'
 'bajet gile minah ni nak carut carut kat belog pulak'
tahniah ! anda sudah terkena ;p

oh wait, tak kenal fla tu siapa ? dia lah perempuan paling cantik dekat UiTM Shah Alam ok.
*buat gaya annoying masing masing
(eg tangan ke dada mate ke atas, gaya 'daaa' dila, tepuk tepuk menyampah, OMMMJAYYY, OMK)
perkenal kan, Fatin Liyana Asri Azhar , FLA
Si GILA

saya sedang mengalami stress pada ketika ni. mungkin stress bagi pandangan setiap orang berbeza beza.

stress bagi kanak kanak, bila mak marah suruh berhenti main game lepas tu suruh study. atau bila homework yang cikgu bagi tak siap lagi, tapi cikgu suruh bukak buku atas meja.

stress bagi perempuan cantik, bila dah jumpa colour and corak baju yang sangat disukai tapi saiz dah habis, atau bila makeup cair waktu dalam bas yang sesak dengan orang.

stress bagi lelaki hensem pulak mungkin, bila dah control macho gilaa depan perempuan cun cun tapi tak diheran kan langsung. atau bila, eh bosan la atau bila.

stress bagi makcik makcik, bila suami belum masuk gaji lagi tapi dah berkenan benorr dengan sofa kat kedai perabot.

stress bagi fla, ok ni banyak sikit *renggang kan tulang jari jemari, prapp prapp*
1. tertinggal dictionary bile kelas english nanti Dr Azmi yang masuk.
2. kasut kopak bile kelas on that day sangat lah pack.
3. tak pakai stokin waktu kawat kesatria, dan kebetulan sangat komander nak check stokin tiap tiap orang.
4. tertumpah kan nasi kat kedai orang.
5. terlupa bawak hard disk waktu pagi presentation bila semua slide show dalam tu.
*cukup la kot. takut subuh esok tak habis lagi :)

tapi stress bagi aku, bila roomate restore recycle bin aku dan muncul lah kembali gambar dan folder yang aku dah delete :) maksud saya SEMUA gambar dah folder yang dah delete. 
one word, bahagia. 

sebelah kanan, 
ok jangan lupe. kalau jumpe gadis ini di mana mana sila cekik beliau.

nasib baik aku sayaaaaaang kau sangat sangat :) mmuah !